sebagai
pengenalannya, kami akan menerangkan apakah itu yang disebut sebagai
"isu etika". Isu etika merujuk modul yang ditulis oleh Ishak Che Long
dalam modulnya yang bertajuk "etika pertiagaan" menjelaskan bahawa,ia
adalah merujuk kepada masalah, situasi atau peluang yang memerlukan
seseorang individu dalam sesebuah organisasi untuk membuat keputusan
atas tindakan yang dianggapnya betul atau salah, serta beretika atau
tidak beretika hasil tindakannya itu.
hal
ini tercetus apabila timbulnya di antara falsafah moral yang dipegang
oleh individu dengan nilai-nilai yang menjadi pegangan sekumpulan orang
lain yang berada di sekeliling.
Dalam
konteks perniagaan, isu etika ini muncul dalam hubungan organisasi
dengan kakitangannya, pelanggan, pembekal, mahupun pihak-pihak lain yang
berkepentingan dalam syarikat tersebut.
Isu etika yang sering timbul boleh dikategorikan kepada 4 kategori utama iaitu :
Komunikasi dan Penyelesaiannya
- Dalam sesebuah perniagaan domestik atau antarabangsa, komunikasi adalah perkara yang penting kerana komunikasi adalah satu medium penyampaian maklumat dan berkongsi maksudnya. Komunikasi yang baik akan mempengaruhi sesuatu perkara dalam sesebuah perniagaan ke arah matlamat yang diinginkan.
- Jika maklumat komunikasi tidak benar, akan menghancurkan kepercayaan pelanggan terhadap organisasi.
Komunikasi
menegak pada dasarnya terdapat beberapa masalah di mana maklumat-maklumat yang
ingin disampaikan perlu melalui beberapa peringkat. Malahan, sesetengah
maklumat perlu ditapis terlebih dahulu sebelum sampai kepada penerima sasaran. Maka,
boleh terjadinya maksud sebenar maklumat tersebut akan bertukar dan akhirnya
maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh pemberi maklumat tidak tercapai.
Walaupun mempunyai beberapa masalah yang tertentu namun
komunikasi ini tetap memberi manafaat di mana pekerja merasakan bahawa mereka
dihargai kerana diberi peluang, memberi peluang kepada pekerja menyatakan pandangan dan pendapat mereka yang
secara tidak langsung ianya juga dapat membantu syarikat di dalam mengetahui
tentang kelemahan-kelemahan serta kekuatan yang ada di dalam syarikat tersebut.
Dalam hal komunikasi mendatar pula, proses komunikasinya seringkali juga melibatkan rakan kerja dari organisasi yang lain. Keadaan ini berlaku apabila kita mempunyai seorang rakan yang menjawat jawatan yang sama fungsinya dengan kita tetapi bekerja di syarikat yang berlainan. Namun begitu, komunikasi ini juga dianggap sebagai komunikasi luaran sekiranya syarikat tersebut mempunyai hubungan perniagaan dengan syarikat kita bekerja.